Assalamualaikum W.B.T..

salam saya pembuka bicara,harini saya mendapat sebuah email yang becerita tentang talkin..mungking dapat menjadi pelajaran yang tidak baru tapi sekadar mengingati antara satu sama lain..

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan
mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci
Tuhan yang menjadikan
lubang kubu
r sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat
Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita
sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang
malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah
berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba
Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka
berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah
cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas
aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari
masa hidup hingga aku mati aku
mengucap: "La
ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk
berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan
malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur
kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di
Padang Mahsyar adalah
benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi
adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha
berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi
Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan
hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang
seorang diri di dalam
kubur in
i.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu
serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa
mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.




Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di
dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan
kesabaran." Surah Al-
A'sr ..


Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku
walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat
dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD
tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu
"itu dari debu kubur mereka,
akan tet
api debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu
sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga,
sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka
adalah pelayan Ku dan hamba-
hamba Ku.D
isebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari
kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai
Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli
puasa ) dari kubur mereka di
dalam
keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan
yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang
dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh
dengan buahan dan minuman yang
lazat d
ari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL
yang telah kamu kerjakan
pada HARI
yang telah LALU itu."


* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan
mendalam akan apa jua
yang kamu
lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Arus Perjalanan kita





Assalamualaikum W.B.T

Hari sebelum penulis melelapkan mata untuk tido penulis dapat rasakan ada sesuatu yang bermain main di kepala..banyak perkara yang harus di fikir dirancang dan di lakukan..

Esok segalanya kita akan lakukan apa sahaja yang kita rancang hari ini..

Penulis berharap semua bersiap sedia dengan apa sahaja yang bakal berlaku sama ada kita inginkan nya atau pun tidak...

Hari ini x sama dengan semalam malah adakalanya hari semalam jauh lebih baik dari hari ini..setiap insan selalu inginkan yang terbaik untuk diri masing..

Teringat satu kisah berlaku dalam hidup penulis." Pak cik memang bukan orang susah tp pakcikk bukan hidup senang,bagi pak cik ,pak cik pegang 3 benda ni utk pak cik beringat yang pak cik bukan orang senang, 1. Pak cik cuba buang perasaan dengki sesama insan,sebab pak cik tahu kalau pak cik dengki dngan hanya melihat tanpa usaha ,apa sahaja yang pak cik buat xkan berjaya..2. Pak cik cuba buang sifat berkira,sebab pak cik tau yang rezeki harta yang kita dapat bukan milik kita hakiki...3 pak cik cuba hormat kan orang yang lebih muda,tua atau sebaya dengan pak cik,sebab pakcik tau bila kita hormatkan orang harga diri kita akan lebih tinggi dan orang akan hormati lebih dari itu.."...

Teringat juga satu kisah Manager Production/Manufacturing Engineering dari Ingress technology Bukit Beruntung..satu hari penulis dengan sahabat ada buat temujanji dengan beliau pada hari jumaat,secara kebetulan suatu meeting tegempar diadakan pada waktu yang sama...oleh kerana "JANJI" yang di metrai, Manager tersebut meninggalkan meeting itu utk bertemu dengan penulis dan rakan,lantas dia pun berkata.." Sibuk mana pun saya,banyak mana pun kerja saya saya akan tetap penhi hajat kamu,bagi saya xdak istilah sibuk yang sebenarnya dalam hidup saya melainkan kesibukan saya di alam selepas hidup nanti bila saya akan menjawab apa sahaja dengan DIA." Penulis dan rakan terkejut dengan ekspresi Manager itu,dalam hati penulis,siapa lah kami hanya student yang tidak memberi apa pun kentungan pada syarikat,begitu zuhud nya manager tesebut dalam kesibukan pasti ada masa utk menunaikan janji yang telah dimetrai..

Berbalik kepada berita persatuan, hari ini penulis dengan saudara hazmer,dan saudara fazil pergi mencuci kereta di kedai kerana cuaca yang panas,tp tanpa di jangka hujan rahmat turun menyejukkan bumi ini yang kepanasan,penulis asalnya penulis agak berasa rugi kerana pasti kootor semula,tp setelah kita faham mengapa Allah memberi kita hujan, di kala kita kepanasan? sudah tentu jwapannya utk menyejukkan kita makhluk-NYA..Amin..

Teringat kisah saudara fazil yang di Utara, negeri sedang mengalami kemarau,beruntung lah kita yang masih menerima hujan ini.

menjelang hujung sem..banyak perkara harus di lakukan..bagi ahli ahli QAF™ semoga anda berjaya dalam apa jua yang anda lakukan.semoga apa yang berlaku ada manfaatnyya...

Selamat menyambut musim peperiksaan dan moga success selalu dalam kehidupan...


13 MAC 2010 PERJALANAN JAUH PENUH DUGAAN

Assalamulaikum W.B.T

Salam pembuka bicara..13 MAC 2010 sekali lagi detik bersejarah belaku apabila UIAM terputus bekalan elektrik.(9am-5pm)...

Pada hari ini beberapa ahli QAF™ telah merancang utk keluar meluangkan masa dengan suasana bandar "Kuala Lumpur"..

Beberapa ahli tidak dapat turut serta kerana mempunyai alasan yang kukuh...

Sekali lagi Semua ahli yang terlibat dengan komitmen yang tinggi berkumpul di medan utk bertolak ke Terminal Putra.Jentera digunakan di pandu oleh saudara hazmir. Jam 11 pagi.

Semua ahli yang terlibat berhenti di persimpangan terminal putra utk menjamu selera di kedai "mengopi"..di situ juadah yang di sediakan antaranya roti tampal dan pelbagai hidangan minuman..

Setelah perut di isi,semua ahli besiap sedia bergerak ke terminal puta..

Terlepas tren pertama tidak melunturkan semangat kami utk keluar beriadah.

Menaiki tren-putra dengan hanya RM2.10 sehala : dan destinasinya "KLCC"

Tiba di putra : jam 12.45 tghari, ahli ahli QAF™ memulakan perjalanan..
Dengan taktikal yang pintar kami mempraktikkan taktik beli tiket pulang di awal waktu.."sediakan payung sebelum hujan

Pelbagai aktiviti di jalankan di sana antaranya : naik lift tanpa dinding besi umpama terbang dengan sayap,naik turun KLCC,melawat kedai NIKE dan ADIDAS tidak lupa juga kedai Converse,dan menonton.

Pada masa yang sama Ahli QAF™ berasa begitu bertuah apabila bertemu dengan seorng sasterawan negara A.Samad Said.Terasa begitu gembira apabila suaan kami di sambut baik oleh pak samad.( REFER: GAMBAR DI ATAS)

Dalam air yang tenang pasti ada yang berkocak itu lah penulis dapat gambarkan utk perjalanan kali ini...ada berlaku sedikit kekeliruan apabila ada ahli yang cuba nyatakan pendapat nya di tolak mentah mentah oleh ahli yang lain..walaubagaimana pun setiap yng keruh pasti dapat di jernihkan jika tiada minyak di air itu..itulah yang dapat penulis nyatakan disini...

Dibawah di sertakan beberapa attachment yang dapat disertakan utk post kali ini=)

1. Mohamad Sofi Zahrawi Abdullah Zahrawi

2. Mohd Faisal Abu Hassan

3. Mohd Fazil Mohd Noor

4. Muhammad Khairi Hj. Omar

5. Mohd Fairuz Shuhaimi

6. Shaiful Hazmir Shaifuddin

7. Mohd Fadzly Foji

8. Muhammad Ridzuan Abdul Mutalib

9. Mohd Faridjudin Iasik

10. Mohd Nor Mahathir Mohd Mansor

11. Ahmad Sufi Kharuddin

12.Arrow


Assalamualaikum W.B.T

Salam pembuka bicara..lama sudah x di update blog persatuan ni..atas sebab sebab teknikal.

Genap Tahun 2010 masuk lah tahun ke 6 berada di negeri orang sebagai anak perantauan yang merantau menuntut ilmu...

Pada 1 januari 2010, Satu reunion Ahli-ahli QAF™ telah diadakan di Kalumpang Resort, Tanjung Malim..Satu Lawatan Muhibbah mengenal alam semula jadi telah di buat..

Mungkin ini aktiviti terakhir yang dapat kita lakukan bersama sebelum semua ahli ahli QAF™ menggenggam segulung ijazah yang mengelarkan kita sebagai seorang Jurutera Insya'Allah..


Antara aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.Dengan Izin-NYA,kita dapat berkumpul semua sebagai seorang sahabat yang telahh lama mengenal antara satu sama lain.Bagi penulis,sahabat sejati sukar di ganti sukar dicari,sukar di lupai.


Tepat jam 10pagi semua ahli dengan komitmen yang tinggi berkumpul di medan sebelum berlepas ke Kalumpang Resort, Tanjung Malim.3 buah jentera pengangkutan di gunakan utk berlepas ke Kalumpang Resort, Tanjung Malim.


Berikut adalah aktiviti yang di jalankan di Kalumpang Resort, Tanjung Malim..

Ø Aktiviti:

· BBQ BERJEMAAH

· Riadah

· Mandi – manda

· Jugling, jungle trekking

· Pop kuiz

· Sesi masak masak bersama

Masa yang di lalui terasa sekejap berlalu,ini kerana bukan senang untuk kita berkumpul bersama,gelak bersama kerana setiap ahli ada tangungjawab dengan karier masing masing..

Sebelum penulis mengakhiri post kali ini izinkan penulis berkata "Bersatu kita Teguh,Bercerai Kita Roboh,RIngan Sama di jinjing,Berat sama Di pikul"

Dan sebuah lagu penulis tujukan utk semua ahli QAF™ sama ada yang terlibat atau tidak terlibat..

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita



Grand total barang + penginapan + pengangkutan = RM 500.00


perjalanan di mulakan dengan berdoa kepada Allah moga selamat bertolak dan selamat sampai.
Aktiviti pertandingan memasak dimenangi oleh group fadzly dan di adili oleh supi,pakdin,acai,amet..di pantau oleh saudara amid dan zahrawi

Aktiviti Selam and found di menangi oleh saudara zahrawi hasil penemuan spek mata amid yang tenggelam..

Majlis penutupan di buat oleh seorang Nenek yang baru sahaja menamatkan Jawatan di suatu jbatan di Negara ini.

Sekian...

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Go to HELL ISRAEL!!!!!

Blogger Template by Blogcrowds