Sembang-sembang:

Menjelang peperiksaan Akhir semester..



Di antara tips sehari sebelum peperiksaan ialah

1. Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti pen, pensil, pembaris serta kad pengenalan dan slip peperiksaan disediakan
2. Slps solat maghrib, lakukan solat hajat 2 rakaat dan teruskan dgn bacaan yassin mohon agar Allah berikan ketenangan dan kemampuan menjawab soalan dgn sempurna.
3. pastikan tidur yg mencukupi..ia penting bagi badan dan otak cergas utk hadapi peperiksaan.
4. pastikan diri tidak tertekan dgn membuat ulangkaji disaat akhir...pelajar cemerlang sentiasa bersedia awal menghadapi peperiksaan.
5. sebaik-baiknya pada pagi sebelum ke sek..solat Subuh berjemaah dgn keluarga dan mohon restu dari kedua ibu dan ayah..
6. langkah keluar rumah dgn kaki kanan sambil membaca doa tertentu utk selamat sampai ke sek. dan diberi kekuatan menjawab soalan dgn cemerlang...

utk cemerlang kita harus!

1)menjaga adab:

-adab bersama guru

-adab mendampingi kawan2

-adab menghormati kitab2 kuliah dan nota

-adab belajar seperti membaca doa sebelum dan selepas,ada yang berpendapat perlu menutup aurat setiap kali belajar,mendapat posisi strategik ketika study bergantung kepada keselesaan masing2(atas meja,atas katil,depan tv,sambil makan dsb.Kalau di musim sejuk semasa tinggal di asrama Selangor dahulu,saya suka menghafaz di dapur utk dapatkan haba dan mengelak ngantuk kerana suhu yang agak dingin di dalam bilik)

2)menjaga pemakanan agar hafazan kuat dan lekat di ingatan:

-makan makanan yang halal dan tidak syubhah(seperti barangan boikot)

-amalkan makan madu dan habbatussaudak setiap pagi

-minum air kosong dengan kadar yang banyak

3)menunaikan amanah orang dan taklifan persatuan

4)menjaga ukhwah,hubungan dengan Allah dan individu sekeliling kita(ahli bilik dan kawan2 sebatch).Cuba istiqamah zikrullah dan qiamullail setiap malam.Jika tidak mampu,tampung dengan solat sunat dhuha.Elakkan melakukan kesalahan(perkara lagho) atau maksiat kecil.(Saya pun banyak lagi kekurangan ni…ei,takutnya!)

5)Jangan ada pemikiran nak berjaya sorang2.Bantu kawan2 yang agak lemah dan sentiasa beri semangat pada diri sendiri dan orang lain.Sila elakkan diri menggunakan alasan study,kelas dll untuk mengelak daripada menerima taklifan persatuan.Tawar perkhidmatan mengajar dan kebajikan kepada kawan2 kita.” ان تنصر الله ينصركم”

6)Sentiasa menghubungi keluarga dan memaklumkan perkembangan terkini.Minta mak dan abah melazimi solat hajat dan doa secara berterusan untuk kejayaan dan kesihatan kita.

Akhirnya,setelah usaha untuk mempersembahkan yang terbaik telah kita lakukan,bertawakallah terhadap natijah peperiksaan kita.Moga kita tidak mudah lemah semangat jika diuji dengan kegagalan.

P/s:Ini hanyalah coretan saya sebagai seorang individu yang masih lemah dan dalam proses belajar.Andainya di sana ada sebarang kritikan dan cadangan saya alu2kan.Saya masih banyak lagi kekurangan.Bersama kita minimumkannya!



setakat itu sahaja..selamat mencuba..

0 ulasan:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Go to HELL ISRAEL!!!!!

Blogger Template by Blogcrowds